Monday, July 2, 2012

Accident :')

Assalamualaikum :3


Hm , aku nak kongsi pengalaman aku eksiden . Memang nampak macam tak teruk , tapi effect banyak jugakk . Sedih tahu ? Sebab eksiden ni aku dapat pengalaman dapat rawatan kecemasan kat hospital kerajaan , rawatan kat hospital KPJ , swasta . Kena cucuk banyak jarum , cuci luka yang teramat pedih , dokter hensem , nurse biadap , nurse baik , kena bius , bilik operation , makanan dekat hospital , macam macam lah .

Malam tu , 19hb jun . Dua hari selepas birthday aku . Aku balik dari tusyen . Malam tu aku betul betul takda mood . Muka aku pucat juga sikit , macam orang sakit ? mungkin ah . And aku balik dengan menunggang ego aku macam biasa , alone . And bila sampai depan balai polis tu entah ar cena aku tergamam sangat sangat ada kereta depan aku . Aku terkejut , aku mengelak .Bergoyang ego aku . bergegaq kepala aku . Terasa macam nak muntah . Alhamdulillah , aku tak jatuh . Aku perlahan kan ego aku dan betulkan side mirror aku yang senget . Then aku tengok lutut aku yang berlaga dengan estima tu , agak sakit . Then check jari tangan apa semua , and WHATTTT . MANA JARI AKU .. tu yang aku rasakan masa tu . Aku terus berhenti tepi jalan , betul betul depan caltex dan memasang signal kiri . Aku bukak helmet dan terus kol abah aku lepas aku tengok darah menitik nitik tak berhenti . Aku cemas weh . serius . Sehingga la ada seorang pakcik datang .

Tak lama lepas tu , lagi ramai yang datang and see . Diorang kol JPAM and aku dihantarkan ke hospital kulim ( kerajaan ) . Jari aku masa tu terkulai . And aku masa tu taktau nak pikir apa dah . Yang penting , boleh guna ke tak jari tu nanti . Aku teriak , sungguh . Kat sana , aku kena cucuk . cuci luka , xtray and the last dokter kat situ cakap dia tak jamin jari aku boleh guna ke tak nanti . So then , aku rasa macam tak bermaya . So , abah aku cadangkan nak bawak aku pergi KPJ , hospital swasta , ada pakar . Terus pergi , malam tu jugak around pukul dua aku masuk bilik operation . Dulu aku nak sangat rasa macam mna masuk bilik operation , kena bius and macam mna kita rasa masa tu dimana kita berada . And that night , aku dapat SEMUA pengalaman yang aku nak .

Nak masuk bilik bedah tu , aku tak rasa pape lah . Tapi diorang akan bogelkan kita lah . Then just letak baju and so on lah untuk tutup badan kita . Then kena pakai dekat kepala tu tutup rambut . Bilik bedah sejuk sangat weh . Serius . Diorang bagi ubat bius , oxygen ..tiub melalui kerongkong , wayar berselerak kat dada untuk degupan jantung . Bila diorang pakaikan alat oxygen kat hidung aku tu..later aku dah tak sedar ..Uniknya , masa kita tidur tu . tak rasa macam tido . Taktahu , rasa macam tak ingat pa pe . Sedar sedar ja , semuanya dah siap dan diorang hntar aku ke wad biasa . Memula aku tersedar tu , aku meronta sebab sakit dekat tekak and rasa macam pening dan sesak nafas . Diorang stabilkan aku . Aku terlelap .

Selama empat hari 3 malam kat situ , nurse nurse semua baik baik belaka . Makanan agak sedap , kebersihan blik terjaga . Tapi paling tak suka , aku kena suntik ubat jaaa . Sakit oo , berdenyut ja jari tu haaa . Masa aku stay kat sana , takde la yang datang melawat pun sebab jauh kot ? Yang datang pun audy . Boiprengg foreva and femily aku ja . Tu pun kebanyakkan masa aku stay sorang2 ja . actually aku tanak balikkkk , serius macam hotel :D

Sekarang ni dah nak masuk dua minggu tangan aku berbalut . Sekolah pun aku tak pergi . Aku tak tau lah cena nk trial ni . Ahhh , fedup . Ujian semua ni :( but esok ada appoiment dengan dokter. mungkin akan bukak balutan ni . Aku tak sanggup nak tengok jari aku macam mna nanti :( Sedih , because tak sama macam dlu lagi dah .







No comments:

Post a Comment